Monday 4 April 2011

masak lemak ikan bawal merah bersama daun kaduk


resepi istimewa utk dikongsi bersama..

bahan-bahan
1. 3 ulas bawang merah
2. 2 ulas bawang putih
3. sedikit cili padi
4. 1 inci kunyit
5. 1 inci lengkuas
6. santan
7. ikan bawal yang siap dipotong
daun kaduk
8. daun kesom
9. 2 keping asam gelugor
10. garam dan gula secukup rasa


CARA-CARANYA

tumbuk bahan tadi sehingga lumat, kalau malas bolehlah blend, tapi sedap lagi kalau tumbuk. Masukkan santan dan ikan..jangan lupa masukkan asam keping. tunggu sampai mendidih barulah masukkan garam dan gula..bila dah agak2 masak barulah masukkan daun kaduk dan daun kesom..kemudian blehla rasa sikit..masak lemak ni sesuai utk pelbagai jenis ikan air tawar tau..selamat mencuba !!!!!!!!!

Sunday 3 April 2011

PERJALANANKU

Hati ingin berkongsi kemanisan hidup bersama orang-orang yang lebih berjaya, agar kehidupanku juga berjaya seperti mereka. Hidup mesti ceria dan gembira bersama keluarga dan teman2..dan yang paling penting sekali hubungan kita dengan Allah mesti dekat. Berjayakah kita kalau hati jauh sangat dengan Allah..alangkah bahagianya hidup dalam kesederhanaan..